Sunday 28 April 2013

Program Inovasi Daripada IPG Kampus Rajang

Pada 23 April 2013, sekumpulan guru pelatih dari IPG Kampus Rajang telah melawat ke SK Sacred Heart English untuk program innovasi. Aktiviti inovasi yang dikendalikan adalah Game : Tic Tac Toe. Murid yang terlibat dalam program tersebut merupakan murid Tahun 5M. Murid-murid telah melibatkan diri secara aktif dalam permainan tersebut.










Tuesday 23 April 2013

Gotong royong membersihkan kawasan sekolah bersama dengan peserta politeknik Mukah 2013

Pada 6 April 2013 yang lalu, peserta- peserta dari politeknik Mukah telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah dengan semua murid, guru dan kakitangan sekolah. Gotong- royong berjaya atas kerjasama semua pihak yang terlibat.

Salah seorang peserta Politeknik Mukah dengan murid-murid.



Marilah kita mengelap tingkap sambil bersih.         










Ucapan penghargaan dari wakil peserta Politeknik Mukah

Gambar perserta-peserta politeknik Mukah.


Mari kita membersihkan kelas sama- sama

Saturday 20 April 2013

Pertandingan Bola Sepak MSSR Bahagian Sibu Sesi 2013



Tarikh Pelaksanaan             :  22 hingga 23 Februari 2013
Tempoh Masa                        :  2 Hari
Hari                                        :  Jumaat dan Sabtu
Tempat                                   :  Sekolah Kebangsaan Sentosa, Sibu.

         Sesi Pendaftaran Peserta Program
Pendaftaran peserta bermula pada pada jam 2.00 petang di Sekolah Kebangsaan Sentosa, Sibu. Pendaftaran dikendalikan oleh AJK Pendaftaran Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sentosa, Sibu.
 
    MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang sihat dan kuat dan mencungkil bakat murid-murid dalam permainan bola sepak serta memupuk sikap kerjasama dan setia kawan.

       OBJEKTIF
Melalui program ini murid-murid dapat:
·         Meningkatkan kemahiran asas permainan bola sepak.
·         Memahami pentingnya semnagat berpasukan.
·         Didedahkan cara pertandingan bola sepak yang sebenarnya.

Memaskan badan sebelum bertanding