Friday, 19 April 2013

Pertandingan Pidato 2013

Sekolah kita telah menghantar adik Roderick Raymind Wan untuk menyertai pertandingan pidato dalam Bahasa Malaysia di SJk(C) Thai Kwang pada 11 April 2013.
Adik Roderick Raymond Wab menyampaikan pidatonya dengan bersungguh-sungguh.



Sesi soal jawab dengan para juri

Thursday, 18 April 2013

Klinik UPSR (BM)

Klinik UPSR (BM) telah diadakan hasil gabungan antara SK Sacred Heart English dan SK St. Rita, pada 4 Mac 2103, bertempat di dewan SK St. Rita. Semua calon UPSR SK Sacred Heart English 2013 telah diwajibkan untuk menghadiri ceramah tersebut. Guru yang dijemput untuk menyampaikan ceramah ialah Cikgu Razali dari SK Agama. Ceramah tersebut memberi fokus kepada teknik-teknik menjawab soalan kertas Bahasa Melayu UPSR. 

Murid Tahun 6 yang menghadiri Ceramah Klinik UPSR

 Penceramah yang telah dijemput

Murid menumpukan perhatian pada sesi ceramah


Penyampaian cenderamata kepada Cikgu Razali

 

Tuesday, 16 April 2013

Action song practice by Madam Magdeline Nyalau


On 16 April 2013, there were 15 pupils were having their action song practice in Year 1 class. They were preparing the action song.



Practice using visual aids


U.N.I.T.Y

A snap picture with Cikgu Magdeline






                                          A scene where the pupils are practicising








Monday, 15 April 2013

Choral Speaking Competition (Inter School)

The Inter school choral speaking competition was held on 21st March 2013 in SJK(C) Thai Kwang, Sibu. Our school had sent a team of pupils to participate in this choral speaking competition.
                          Our team was waiting for their turn in the hall of SJK (C) Thai Kwang, Sibu.


Team members lined up accordingly. 

Participants were moving up to the stage.

Performance of our team:



Choral speaking competition instilled pupils' self-confidence. It was an excellent activity that should be focused on as it exposed pupils to new experience.  

Saturday, 13 April 2013

Majlis Permuafakatan Sesi 1/2013

Pihak sekolah telah mengadakan Hari Permuafakatn Ibu Bapa sesi 1/2013 pada 13 April 2013, hari Sabtu. Objektif utama perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan prestasi akademik,/ displin/kokurikulum murid-murid di sekolah.

Cikgu Jackery selaku guru kelas Tahun 4 Kuning membincangkan prestasi akademik salah seorang murid kepada ibunya.

Para ibu bapa yang menunggu giliran masing-masing.


Majlis permuafakatan ini berjaya diadakan dengan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa.

Wednesday, 20 March 2013

Laporan Perkhemahan Badan Beruniform peringkat sekolah 2012


Tarikh perlaksanaan : 14 hingga 15 September 2012

Masa: 2 hari

Hari: Jumaat dan Sabtu

Tempat: Sekolah Kebangsaan Sacred Heart English Sibu

Objektif perkhemahan:
  • memberi kesedaran kepada murid untuk menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan.
  • memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kepada murid untuk kecemerlangan diri

Ahli pengakap cuba mendirikan khemah sambil diperhatikan oleh guru penasihat pengakap.


 Murid-murid menikamati makanan yang disediakan oleh AJK program.
Ahli pengakap menjalani latihan kawad kaki di bawah bimbingan Cikgu Kelvin dan Cikgu Khairul.

Peserta melafazkan persetiaan pengakap di station 2 dalam aktiviti sistem pangkalan.

Semua guru penasihat pengakap dan semua peserta dalam sesi fotografi beramai-ramai.


Peserta PBSM dilatih cara berkawad kaki dengan betul.



Teknik-teknik ikatan anduh











Teknik CPR
  • Keperluan dan kepentingan CPR
  • Teknik dan tunjuk ajar CPR
  • Hands on training
Guru penasihat PBSM dan semua peserta yang terlibat dalam perkhemahan

Karnival Sains Anjuran Kelab Sais 2012

Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Sacred Heart English Sibu telah mengadakan karnival Sains peringkat sekolah sesi 2012 yang telah berlangsung pada 19 April 2012 di dewan sekolah. Karnival ini melibatkan murid-murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 selama 1.5 jam. Aktiviti-aktiviti karnival berbentuk kumpulan dan aktiviti-aktiviti ialah seperti berikut:
(a) Menyusun semula puzzle ( Murid-murid Tahun 4)
(b) Mencari perkataan yang berunsur sains ( Murid-murid Tahun 5)
(c) Menggunting kertas untuk memuatkan 4/5 orang ( Murid-murid Tahun 6)

Objektif Kelab Sains menganjurkan program ini adalah untuk:
  • menggalakkan murid-murid menghasilkan idea baru untuk menyelesaikan masalah dan mengintegerasikan pengalaman murid dengan masalah.
  • murid-murid dapat terlibat secara aktif, hands on dan minds on.
  • murid-murid perlu berinteraksi dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing untuk mencapai objektif aktiviti.
  • melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan tinggi.
Keputusan setiap kumpulan mengikut tahun