Kelab Matematik telah menganjurkan Karnival Matematik Peringkat Sekolah sesi 2012 pada hari Sabtu, 22 September 2012, bertempat di dewan sekolah. Pertandingan tersebut disertai murid dari Tahun 4, 5 dan 6. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menarik minat murid serta membolehkan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam menjawab soalan matematik di samping juga memupuk semangat kerjasama di kalangan murid.
Aktiviti Karnival Matematik ini terbahagi kepada empat pusingan iaitu faham dan jawab, permainan nombor, permainan gunting dan lekat serta yang paling mencabar ialah sodoku. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Semua markah akan dikumpul bagi setiap pusingan untuk menentukan pemenang bagi Karnival Matematik.
Senarai keputusan pertandingan Karnival Matematik:
Tempat Pertama: Kumpulan Nombor 2
Alexander ak Leha (6M)
Fahmi Castellow (5M)
Carverly (4K)
Tempat Kedua: Kumpulan Nombor 24
Charles Ling (6M)
Helix Ak Andrew Lunti (6K)
Alvin Jame Ngau (4K)
Kumpulan Nombor 16
Jeremy John Cardoz (5M)
Alleyster ak Basil (6K)
Alan Iun (5M)
Steward Ranggong (5M)
No comments:
Post a Comment