Thursday 14 March 2013

Pertandingan Mendeklamasi Sajak 2012

Untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid-murid serta melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan tinggi, Kelab Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Sacred Heart (English) telah menganjurkan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Sekolah sesi 2012. Ia diadakan pada 21 September 2012, hari Jumaat dan bertempat di dewan sekolah. Semua murid adalah terlibat dalam pertandingan tersebut tetapi penyertaan hanya dibuka kepada murid tahap dua iaitu tahun 4 hingga 6. Setiap kelas telah menghantar wakil masing-masing dan pertandingan ini jelas dapat mencungkil bakat murid dalam bidang tersebut. 

Di samping mendeklamasi sajak, pertandingan permainan bahasa teka sinonim dan membentuk kata berkumpulan turut diadakan. Penyertaan bagi kedua-dua pertandingan adalah secara berkumpulan. 

Senarai keputusan pertandingan mendeklamasi sajak:

Tempat 1: Roderick (5M)
Tempat 2: Mohd Aniq Amirzee (6M)
Tempat 3: Muhd Afif (5M)
Saguhati:  
Gregory (6M)
Aldrian Thaddeus (6K)
Cyril (4K)
Galbert Lah (6K)
Grayson (6K)
Mathias Jaun (4M)
Marvin (4M)

Keputusan bagi pertandingan permainan bahasa teka sinonim dan membentuk kata berkumpulan:

Tempat 1: Kumpulan 8
Tempat 2: Kumpulan 2
Tempat 3: Kumpulan 3

Saguhati:
Kumpulan 1
Kumpulan 7
Kumpulan 4
Kumpulan 6
Kumpulan 5

                                    Hadirin khusyuk mendengar deklamasi sajak daripada para peserta

Peserta yang mendapat tempat kedua dengan gayanya yang tersendiri

Para juri sedang memberi markah kepada para peserta

Penjaga masa sedang memerhatikan setiap kumpulan menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Semangat berpasukan ditonjolkan untuk sama-sama memberikan hasil yang terbaik




























No comments:

Post a Comment